TENTANG SBCB

SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) merupakan blog yang menjual novel-novel atau buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan. Blog ini didedikasikan buat pencinta-pencinta buku.Selamat membeli diucapkan.

Buku-buku yang dijual di sini adalah yang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar ke;

Emel:indigoarmoire@gmail.com

TERMS

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT PESANAN.

1. Pastikan anda nekad membeli buku/novel di sini.(Saya sama sekali tidak mengalu-alukan 'backout buyer(s)').

2.Harga buku/novel tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

3.Buku/novel yang dijual tidak boleh dipulangkan.

6.SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan buku/novel yang berlaku semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Malaysia.(Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengesan buku anda).

7.Apabila anda membuat tempahan buku di sini,anda telah bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan oleh SBCB.

8.SBCB berhak untuk menukar sebarang peraturan tanpa memberikan notis kepada anda.

~Buku-buku dan novel-novel di sini adalah terpakai(kecuali dinyatakan sebaliknya).Jadi,kondisi buku sedikit berbeza dari yang baru.Maksudnya,sebagai contoh kalau buku/novel bahasa Inggeris selalunya ada tompok-tompok kuning.

~Setiap novel/buku hanya ada sebuah sahaja setiap satu. Jika novel/buku telah dijual, maksudnya novel/buku tersebut telah tiada lagi.(Once sold,not available!)

CARA MEMESAN BUKU DAN PENGEPOSAN BUKU

CARA MEMESAN BUKU

Sila hubungi saya melalui facebook 'Indigo Armoire'

Terima kasih.

pos

CAJ PENGEPOSAN BUKU

*Mana-mana novel yang ada tertera 'Harga termasuk pos' akan dihantar menggunakan pos ekspress.*

Tracking number akan diberikan kepada anda melalui emel/sms, sejurus penghantaran dilakukan.

Cepat atau lambat buku sampai kepada anda bergantung pada masa,tempat,jenis pos dan pihak Pos Malaysia.

SILA MAKLUMKAN PADA SAYA SEKIRANYA BUKU/NOVEL ANDA TIDAK SAMPAI SELEPAS SEMINGGU PENGHANTARAN DIBUAT.



Sunday, July 17, 2011

NOVEL INIKAH CINTA

Penulis:HM Tuah
Penerbit:Alaf 21
Halaman:457

Sinopsis

CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.


Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.


Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.


Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi-SUMBER DARI ALAF 21


HARGA RM15 SAJA.(termasuk pos)

Monday, July 11, 2011

NOVEL A TALE OF TIME CITY

Penulis:Diana Wayne Jones
Penerbit:Collins Voyager
Halaman:363

TIME CITY- A PLACE THAT EXISTS OUTSIDE TIME AND SPACE

When Vivian is evacuated from London in1939, she is unexpectedly whisked away there, instead of to the safety of the countryside.

The Time Patrol works to preserve the correct sequence of historic events, but rogue time-travelllers are plotting to take control and are stealing the wards that protect the city. If they succeed, Time City and History as we know it will be destroyed.

Jonathan and Sam are convinced that Vivian can help save their world. But how can she possibly know what to do, when the important event hasn’t even happened yet?

HARGA RM10 SAHAJA.(termasuk pos)

Tuesday, July 5, 2011

NOVEL THE PEARL



Penulis:John Steinbeck
Penerbit:Kompas Publishing Sdn Bhd
Halaman:87

A tragic tale of a young fisherman beautifully told with wonderful precision and simplicity by one of the 20th century’s master storyteller.

Kino, the fisherman finds the greatest pearl in the world. He has great hopes that it will change his life. It does, but it is not for the better. Eventually, Kino has to make a painful decision...

‘If this story is parable, perhaps everyone takes his own meaning from it and reads his own life into it...’

HARGA RM3 SAHAJA.

NOVEL STEFA ISLE



Penulis:HM Tuah
Penerbit:Alaf 21
Halaman:254

Rajuk Lia membawanya jauh hingga ke England. Dia menyangka dengan mendatangi kota london, hatinya akan terpujuk dan ingatannya terhadap seseorang akan terpadam. Tetapi keadaan tidak seperti yang diharapkan, Lia bukan sahaja menghadapi masalah sebagai pelarian, malah dia diburu kemusnahan oleh pihak-pihak yang mahu mengambil kesempatan daripada kejelitaan dan sikap terburu-burunya.

Mampukah Lia menghadapi semua ini, seorang diri? Mampukah dia mempertahankan bangsa Melayunya di tengah-tengah cabaran yang menghempas kuat? Mampukah dia mematerai terus kebenciannya terhadap seorang yang telah memburunya hingga ke sana?

STEFA ISLE, sebuah novel yang meruntun simpati anda terhadap seorang gadis Melayu, menghadapi segalanya, seorang diri di kota London.

HARGA RM5 SAHAJA.

Monday, July 4, 2011

BUKU AURA PENYEMBUHAN REIKI




Penulis:Mir Hazil Azran Ramli
Penerbit:PTS
Halaman:198

Aura Penyembuhan Reiki menawarkan kunci kepada khazanah ilmu dan pengalaman mengenai reiki. Anda akan dibawa menerokai chi, aura, chakra, tenaga warna dan sebagainya hinggalah kepada aplikasi seni reiki pada diri, keluarga, teman-teman, dan orang lain. Anda juga diperkenalkan dengan teknik pernafasan, meditasi, rawatan jarak jauh dan beberapa teknik khas reiki yang istimewa dan luar biasa.

Ramai yang sudah mendalami dan menghayati aura penyembuhannya. Ramai juga yang sudah merasai manfaat ‘tenaga kehidupannaya’. Kini peluang anda pula bagi mendalami, menghayati, dan merasainya melalui Aura Penyembuhan Reiki.

HARGA RM13 SAHAJA.

NOVEL ELYANA OLEH GHAZALI NGAH AZIA




Penulis:Ghazali Ngah Azia
Penerbit:Utusan Publications & Distributors SDN BHD
Halaman:227

Jiwanya tertekan dan perasaan bagai dicarik-carik. Dia malu menanggung kesalahan ayahnya. Ibunya turut menderita. Seluruh kaum keluarganya dinista.

Mujur di tengah-tengah kusutnya cercaan masih ada insan yang memahami. Yang tahu menilai dirinya...yang tahu akan peritnya menanggung kesalahan orang lain.

Elyana mengutip sisa-sisa kekuatan yang masih berbaki untuk mendepani liku-liku hidupnya yang penuh cabaran. Ketabahan dan kesabarannya sering diuji malah kadang-kadang dugaan datang bertimpa-timpa.

Elyana gadis yang tabah memikul tanggungjawab yang tidak terpikul oleh orang lain.

HARGA HANYA RM6 SAHAJA.