TENTANG SBCB

SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) merupakan blog yang menjual novel-novel atau buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan. Blog ini didedikasikan buat pencinta-pencinta buku.Selamat membeli diucapkan.

Buku-buku yang dijual di sini adalah yang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar ke;

Emel:indigoarmoire@gmail.com

TERMS

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT PESANAN.

1. Pastikan anda nekad membeli buku/novel di sini.(Saya sama sekali tidak mengalu-alukan 'backout buyer(s)').

2.Harga buku/novel tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

3.Buku/novel yang dijual tidak boleh dipulangkan.

6.SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan buku/novel yang berlaku semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Malaysia.(Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengesan buku anda).

7.Apabila anda membuat tempahan buku di sini,anda telah bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan oleh SBCB.

8.SBCB berhak untuk menukar sebarang peraturan tanpa memberikan notis kepada anda.

~Buku-buku dan novel-novel di sini adalah terpakai(kecuali dinyatakan sebaliknya).Jadi,kondisi buku sedikit berbeza dari yang baru.Maksudnya,sebagai contoh kalau buku/novel bahasa Inggeris selalunya ada tompok-tompok kuning.

~Setiap novel/buku hanya ada sebuah sahaja setiap satu. Jika novel/buku telah dijual, maksudnya novel/buku tersebut telah tiada lagi.(Once sold,not available!)

CARA MEMESAN BUKU DAN PENGEPOSAN BUKU

CARA MEMESAN BUKU

Sila hubungi saya melalui facebook 'Indigo Armoire'

Terima kasih.

pos

CAJ PENGEPOSAN BUKU

*Mana-mana novel yang ada tertera 'Harga termasuk pos' akan dihantar menggunakan pos ekspress.*

Tracking number akan diberikan kepada anda melalui emel/sms, sejurus penghantaran dilakukan.

Cepat atau lambat buku sampai kepada anda bergantung pada masa,tempat,jenis pos dan pihak Pos Malaysia.

SILA MAKLUMKAN PADA SAYA SEKIRANYA BUKU/NOVEL ANDA TIDAK SAMPAI SELEPAS SEMINGGU PENGHANTARAN DIBUAT.



Sunday, July 17, 2011

NOVEL INIKAH CINTA

Penulis:HM Tuah
Penerbit:Alaf 21
Halaman:457

Sinopsis

CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.


Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.


Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.


Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi-SUMBER DARI ALAF 21


HARGA RM15 SAJA.(termasuk pos)

1 comment:

  1. harga dah include postage ker? normal post of registered post?

    ReplyDelete