TENTANG SBCB

SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) merupakan blog yang menjual novel-novel atau buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan. Blog ini didedikasikan buat pencinta-pencinta buku.Selamat membeli diucapkan.

Buku-buku yang dijual di sini adalah yang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar ke;

Emel:indigoarmoire@gmail.com

TERMS

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT PESANAN.

1. Pastikan anda nekad membeli buku/novel di sini.(Saya sama sekali tidak mengalu-alukan 'backout buyer(s)').

2.Harga buku/novel tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

3.Buku/novel yang dijual tidak boleh dipulangkan.

6.SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan buku/novel yang berlaku semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Malaysia.(Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengesan buku anda).

7.Apabila anda membuat tempahan buku di sini,anda telah bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan oleh SBCB.

8.SBCB berhak untuk menukar sebarang peraturan tanpa memberikan notis kepada anda.

~Buku-buku dan novel-novel di sini adalah terpakai(kecuali dinyatakan sebaliknya).Jadi,kondisi buku sedikit berbeza dari yang baru.Maksudnya,sebagai contoh kalau buku/novel bahasa Inggeris selalunya ada tompok-tompok kuning.

~Setiap novel/buku hanya ada sebuah sahaja setiap satu. Jika novel/buku telah dijual, maksudnya novel/buku tersebut telah tiada lagi.(Once sold,not available!)

CARA MEMESAN BUKU DAN PENGEPOSAN BUKU

CARA MEMESAN BUKU

Anda hanya perlu mengisi borang tempahan.

Saya akan berikan balasan dalam tempoh 24 jam.

Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM dan BSN.

Bagi pembayaran melalui wang pos,saya hanya akan menghantar buku/novel setelah menerima wang pos daripada anda.

Pembayaran boleh dilakukan dalam masa tiga hari selepas pengesahan dibuat.

Sertakan bukti pembayaran kepada saya melalui emel.Sila 'scan' atau tangkap gambar resit anda.

Penghantaran tidak akan dibuat sekiranya saya tidak dapat bukti dari anda.

Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-5 hari waktu bekerja selepas proses pembayaran selesai.Saya akan beritahu bila saya boleh hantar novel/buku anda.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

SELAMAT MEMBELI BUKU-BUKU DI SINI!=)

pos

CAJ PENGEPOSAN BUKU

*Mana-mana novel yang ada tertera 'Harga termasuk pos' akan dihantar menggunakan pos ekspress.*

Tracking number akan diberikan kepada anda melalui emel/sms, sejurus penghantaran dilakukan.

Cepat atau lambat buku sampai kepada anda bergantung pada masa,tempat,jenis pos dan pihak Pos Malaysia.

SILA MAKLUMKAN PADA SAYA SEKIRANYA BUKU/NOVEL ANDA TIDAK SAMPAI SELEPAS SEMINGGU PENGHANTARAN DIBUAT.



BORANG TEMPAHAN

Nama:
Alamat:
Emel:
Nombor Telefon
Tajuk novel/buku
Pembayaran melalui akaun MAYBANK
CIMB
BANK ISLAM
BSN
Bayaran akan dibuat dalam masa 1 hari
3 hari
Pertanyaan/cadangan

This form powered by Freedback
.com">Freedback

Friday, December 2, 2011

Suatu Obsesi

Sepatutnya entri ini telah lama saya tulis, tetapi saya sentiasa dikuasai rasa malas. Cuma malam ini saya rajinkan diri untuk 'menaip'.

Sebetulnya, saya cuma ingin berkongsi gambar. 


Sebahagian buku yang saya beli di Novelhut, Ipoh Parade.

Saya bergegas ke Novelhut usai peperiksaan SPA. Dah lama saya tak bertandang ke kedai buku terpakai tersebut. Saya boleh berlama-lama dalam kedai tu. Membelek satu-satu buku/novel ialah satu nikmat bagi saya.

Hampir enam tahun saya menjadi pelanggan kedai buku tersebut. Apa yang menarik, karya-karya sastera penulis tempatan dijual dengam murah. Saya membeli Harga Sebuah Maruah karya Allahyarham Azizi Hj. Abdullah dengan harga RM13 sahaja. (Jenuh saya cari novel ini apabila berkesempatan bercuti di Kelantan pada bulan Jun yang lalu.Stok habis, nak beli dari laman web DAWAMA, ada masalah pula.)

Macam novel baru. Pembelian yang berbaloi.

Novel Orang Kota Bharu pula hanya RM7 sahaja.(Harga asal RM40)

Sekiranya anda berkesempatan ke Ipoh, silalah bertandang ke kedai buku tersebut. Apa yang menarik, stok buku-buku akan sentiasa berubah.(Khas buat peminat buku/novel atau orang yang tidak berapa kisah dengan buku lama.

Kedai Novelhut juga ada di Shah Alam( tak pasti seksyen berapa).

Sekian.(^_^)




0 comments:

Post a Comment