TENTANG SBCB

SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) merupakan blog yang menjual novel-novel atau buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan. Blog ini didedikasikan buat pencinta-pencinta buku.Selamat membeli diucapkan.

Buku-buku yang dijual di sini adalah yang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar ke;

Emel:indigoarmoire@gmail.com

TERMS

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT PESANAN.

1. Pastikan anda nekad membeli buku/novel di sini.(Saya sama sekali tidak mengalu-alukan 'backout buyer(s)').

2.Harga buku/novel tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

3.Buku/novel yang dijual tidak boleh dipulangkan.

6.SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan buku/novel yang berlaku semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Malaysia.(Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengesan buku anda).

7.Apabila anda membuat tempahan buku di sini,anda telah bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan oleh SBCB.

8.SBCB berhak untuk menukar sebarang peraturan tanpa memberikan notis kepada anda.

~Buku-buku dan novel-novel di sini adalah terpakai(kecuali dinyatakan sebaliknya).Jadi,kondisi buku sedikit berbeza dari yang baru.Maksudnya,sebagai contoh kalau buku/novel bahasa Inggeris selalunya ada tompok-tompok kuning.

~Setiap novel/buku hanya ada sebuah sahaja setiap satu. Jika novel/buku telah dijual, maksudnya novel/buku tersebut telah tiada lagi.(Once sold,not available!)

CARA MEMESAN BUKU DAN PENGEPOSAN BUKU

CARA MEMESAN BUKU

Anda hanya perlu mengisi borang tempahan.

Saya akan berikan balasan dalam tempoh 24 jam.

Pembayaran boleh dibuat melalui MAYBANK, CIMB, BANK ISLAM dan BSN.

Bagi pembayaran melalui wang pos,saya hanya akan menghantar buku/novel setelah menerima wang pos daripada anda.

Pembayaran boleh dilakukan dalam masa tiga hari selepas pengesahan dibuat.

Sertakan bukti pembayaran kepada saya melalui emel.Sila 'scan' atau tangkap gambar resit anda.

Penghantaran tidak akan dibuat sekiranya saya tidak dapat bukti dari anda.

Penghantaran akan dibuat dalam masa 3-5 hari waktu bekerja selepas proses pembayaran selesai.Saya akan beritahu bila saya boleh hantar novel/buku anda.

Sekian harap maklum dan terima kasih.

SELAMAT MEMBELI BUKU-BUKU DI SINI!=)

pos

CAJ PENGEPOSAN BUKU

*Mana-mana novel yang ada tertera 'Harga termasuk pos' akan dihantar menggunakan pos ekspress.*

Tracking number akan diberikan kepada anda melalui emel/sms, sejurus penghantaran dilakukan.

Cepat atau lambat buku sampai kepada anda bergantung pada masa,tempat,jenis pos dan pihak Pos Malaysia.

SILA MAKLUMKAN PADA SAYA SEKIRANYA BUKU/NOVEL ANDA TIDAK SAMPAI SELEPAS SEMINGGU PENGHANTARAN DIBUAT.



BORANG TEMPAHAN

Nama:
Alamat:
Emel:
Nombor Telefon
Tajuk novel/buku
Pembayaran melalui akaun MAYBANK
CIMB
BANK ISLAM
BSN
Bayaran akan dibuat dalam masa 1 hari
3 hari
Pertanyaan/cadangan

This form powered by Freedback
.com">Freedback

Monday, April 9, 2012

BUKU:RINDU EROPAH TAWAN DAMASCUS

Penulis berasal dari Sitiawan, Perak ingin menjejak negara Eropah dengan berbekalkan RM500 di poket. Kembaranya berkonsepkan jika pokai akan berhenti di sesebuah negara dan mencari sebarang pekerjaan halal asal boleh menambah sumber kewangan. Munir menuju ke Thailand kemudian berpatah semula ke Singapura melalui jalan darat. Kemudian menaiki kapal laut menuju India. Kembara diteruskan menuju Pakistan, dan Syria.

 Usaha ke Eropah diteruskan melalui Turki dan ke Greece. Munir melalui fasa pernah disamun dan ditipu. Selain itu, nyawanya hampir melayang di tangan penyamun ketika di Turki. Usahanya merentas Greece menuju Eropah gagal dan kembali ke Syria.

Seorang yang bersemangat waja dan bermotivasi tinggi. Ketika memulakan perjalanan hanya fasih berbahasa Inggeris, tetapi akhirnya berjaya menguasai bahasa Arab dan mendalami bacaan al-Quran. Munir yang mempunyai CHRS - Certificate in Hotel and Restaurant services  dari ITM pernah bekerja sebagai peon dan wartawan. Dalam kembaranya, Munir pernah menjadi buruh kontrak dan menjadi chef  di Hotel Meridien, Syria.

 Tahukah anda, sebagai pelajar jurusan perhotelan, kelayakan ini membolehkan anda memohon pekerjaan di hotel-hotel  bertaraf lima bintang di seluruh dunia!

Apakah rahsianya? Miliki naskhah hebat ini. Kisah perjalanan Munir dalam usia 22 tahun, sudah menjawat jawatan sebagai chef. Mungkin juga, ketika itu, beliau boleh diangkat sebagai chef pertama bertugas di Hotel Meridien, Syria!

Travelog ini memaparkan Munir berkenalan tiga orang pemuda yang ingin menuntut ilmu agama di Syria sehingga menjebak Munir mendalami bahasa Arab sekali gus mempelajari bacaan al-Quran. Akhirnya Munir mampu menguasai bahasa Arab (termasuk dialek masyarakat Syria).

Liku-liku perjalanannya mempertemukannya pelbagai pengalaman lucu, jelek, pelik dan meruntun naluri. Setiap perjalanannya mendapat restu daripada ibu bapa, dia menemui nilai silaturahim, dan nilai tentang betapa tidak perlu bersedih apabila gagal mencapai hasrat yang diinginkan.

Munir mendapati bahawa kegagalan yang dilalui sebenarnya memberikan sesuatu nikmat yang di luar duga untuk dilalui. Hajatnya untuk mendakap Eropah, tetapi berjaya menakluki Damascus dan Kota Suci Mekah, tempat idaman seluruh jutaan umat Islam. Sesuatu yang tidak dirancang itu sebenarnya menjadi hadiah yang terbaik untuk kehidupan. Buku ini wajar dimiliki bagi membangun motivasi diri dan menjadi bekal kepada para pengembara jalanan.-sumber dari karangkraf.com

Percayalah, tidak rugi anda memiliki buku ini.

HARGA RM15 TERMASUK POS EKSPRES.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBELI.

TERIMA KASIH.


NOVEL:143

Berapa lama untuk kita jatuh cinta?

Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?

Berapa lama untuk kita kenal cinta?

Perlukah empat bulan?

Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali... dan kembali kepada cinta?

Cukuplah setahun?

Dan ini cerita tentang...

The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.

The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.

Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi minpi. Ini sebuah cerita cinta.


1

Sekarang... Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa

Tentang Uth dan Lana... Lisa dan Haikal.


4

Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Keri.


3

Ke masa depan, dalam tiga hari...

Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah 'cinta'.

*****

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap 'I love you', akhirnya.-sumber dari Jemari Seni

Kesinambungan dari novel L.U.V.E

HARGA RM15 TERMASUK POS EKSPRES.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBELI.

TERIMA KASIH.

NOVEL:L.U.V.E


The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy Siapa yang harus dipilih?

Siapa yang harus dipilih?
 
Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. 

Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360° secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!

Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. 

Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?


Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi....-Sumber dari Jemari Seni.

nota kaki:Silalah anda geram dengan Uth ye,novel santai dari Pingu Toha.

HARGA RM14 TERMASUK POS EKSPRES.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBELI.

TERIMA KASIH.

NOVEL:KARIPAP-KARIPAP CINTA


 Ali adalah seorang jurugambar sebuah akhbar politik. Dia jatuh cinta dengan Sarah, graduan Al-Azhar yang bekerja sebagai editor komik di SLP Publications & Distributors.

Namun ayah Sarah mahu anak perempuannya berkahwin dengan lelaki yang setarat dengan kelulusan Sarah (yakni seorang Ustaz).

Ali menjadi panik dan dalam keadaan terdesak telah berbohong mengatakan dia juga graduan Al-Azhar.

Maka bermulalah rentetan peristiwa lucu, sedih dan tidak masuk akal dalam usaha Ali untuk menawan hati Sarah dan dalam pada masa yang sama cuba mencari jalan berterus terang kepada gadis itu.

Ali terpaksa membayar harga yang mahal untuk pembohongannya.

Dan karipap itu mempertemukan cinta Ali dan menyelamatkan cintanya.-sumber dari Bookcafe.com

HARGA RM12 TERMASUK POS EKSPRES.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBELI,TERIMA KASIH=)

NOVEL:GELAK TERGOLEK


Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Gelak Tergolek… wajib dimiliki!-Sumber dari kakinovel.com

HARGA RM14 TERMASUK POS EKSPRESS.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBELI,TERIMA KASIH=)

Friday, December 2, 2011

Suatu Obsesi

Sepatutnya entri ini telah lama saya tulis, tetapi saya sentiasa dikuasai rasa malas. Cuma malam ini saya rajinkan diri untuk 'menaip'.

Sebetulnya, saya cuma ingin berkongsi gambar. 


Sebahagian buku yang saya beli di Novelhut, Ipoh Parade.

Saya bergegas ke Novelhut usai peperiksaan SPA. Dah lama saya tak bertandang ke kedai buku terpakai tersebut. Saya boleh berlama-lama dalam kedai tu. Membelek satu-satu buku/novel ialah satu nikmat bagi saya.

Hampir enam tahun saya menjadi pelanggan kedai buku tersebut. Apa yang menarik, karya-karya sastera penulis tempatan dijual dengam murah. Saya membeli Harga Sebuah Maruah karya Allahyarham Azizi Hj. Abdullah dengan harga RM13 sahaja. (Jenuh saya cari novel ini apabila berkesempatan bercuti di Kelantan pada bulan Jun yang lalu.Stok habis, nak beli dari laman web DAWAMA, ada masalah pula.)

Macam novel baru. Pembelian yang berbaloi.

Novel Orang Kota Bharu pula hanya RM7 sahaja.(Harga asal RM40)

Sekiranya anda berkesempatan ke Ipoh, silalah bertandang ke kedai buku tersebut. Apa yang menarik, stok buku-buku akan sentiasa berubah.(Khas buat peminat buku/novel atau orang yang tidak berapa kisah dengan buku lama.

Kedai Novelhut juga ada di Shah Alam( tak pasti seksyen berapa).

Sekian.(^_^)




Monday, October 10, 2011

Ikhlas, A.K! ~


Penulis: Nirrosette
Penerbit:Jemari Seni
Halaman:528
Kondisi:Masih lagi amat baik dan berbalut.(9/10) 

Kata Adam Khalis:
Hidup ini tak boleh berdasarkan ‘saya-suka-awak’ dan ‘awak-suka-saya’… and we live happily ever after – aman bahagia untuk selamanya. Tak semudah itu, Kaseh. Hidup ini ada duri dan ranjau.


Kata Kaseh:
Bagaimana kita berbeza macam langit dengan bumi; Kaseh tak kisah. Kaseh sanggup buang apa sahaja demi Adam; termasuklah tidak mewarisi harta benda daddy. Kaseh sanggup hidup macam orang biasa. Percayalah, Kaseh bersedia memberi semuanya, kerana sekali dalam hidup Kaseh, apa yang Kaseh ‘tahu’ apa yang Kaseh ‘mahu’ hanyalah Adam Khalis!


Kata Orang:
opposite attracts. Bad girls go for good guys. True much? Tapi…sejauh manakah kebenaran teori ini? Boleh ke Adam – stok budak masjid, bertahan dengan Kaseh – playgirl of the century? Well, we’ll see, we’ll see! Smile … opps, dan jangan lupa Adam bakal menjadi kekasih yang ke-34 Nur Kaseh Kaisara! Frown

Membaca cerita Ikhlas, A.K! karya penuh yakin NIRROSETTE si manis dari Singapura ini, membuat mana-mana orang yang pernah muda tersenyum. Cerita segar lagi santai ini pasti membuat anda kagum pada penulis yang mengadun cerita cinta penuh pengisian ini-SUMBER DIPETIK DARI JEMARI SENI

HARGA RM18 TERMASUK POS EKSPRESS.

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT TEMPAHAN.

JIKA ANDA NAK BELI NOVEL INI SILA ISI BORANG TEMPAHAN.

TERIMA KASIH!(^_^)

Wednesday, September 7, 2011

NAMA ATAS KERTAS oleh NASRON SIRA RAHIM


Penulis : Nasron Sira Rahim
Penerbit : Jemari Seni
Halaman: 504
Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:
NASRON SIRA RAHIM...

Engkau tidak dapat melihat aku,
tapi aku sentiasa wujud;
Engkau boleh bersembunyi di mana saja,
tapi aku akan tetap menjumpaimu;
Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,
tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;
Siapakah aku?
Apa tip yang ada?
“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle
dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”


TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!
Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. Bacalah Nama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.-Sumber dari Jemari Seni.
HARGA RM12 SAHAJA.

Sunday, July 17, 2011

NOVEL INIKAH CINTA

Penulis:HM Tuah
Penerbit:Alaf 21
Halaman:457

Sinopsis

CINTA menjadikan manusia lebih kuat tetapi cinta juga adakalanya menjadikan manusia sentiasa kehausan, kesakitan dan ingin berlari jauh. Novel ini mengisahkan rentetan cinta pertama yang penuh sejarah. Apabila anda mula mendekati cinta, mula berjinak-jinak dengan cinta, mula merasakan nikmatnya cinta, awasilah langkah kerana ia datang bersama sendu, pilu, rindu, sayang dan adakalanya air mata dan kemurungan.


Dimen dengan pendiriannya yang tipikal, warak serta tuntas terpaksa beralah pada kewujudan kali kedua Derra Mandy. Wanita kelahiran Isle of Wight ini telah mencuri hati Dimen 10 tahun dahulu tetapi kedua-duanya terpisah kerana Derra Mandy meninggal dunia.


Jadi, siapakah yang tinggal di Isle Castle dengan menggunakan nama Derra Mandy dan cuba mencuri rasa cinta Dimen? Bolehkah kedua-duanya bersatu sedangkan pada waktu itu Dimen telah memperisterikan Liza? Dalam masa yang sama Dimen juga diburu bekas kekasihnya bernama Rohanita dan juga seorang wanita yang telah bersuami dan beranak lima, Norlila.


Kisah ini akan membawa anda mengembara jauh hingga ke London dan Amerika Syarikat serta mengenali titik bengik penglibatan orang Melayu dalam industri permotoran. Ia dramatik, romantik dan tragis, berselang-seli antara cinta, bisnes dan pengembaraan. Cinta adalah simbol ledakan emosi manusia untuk dikasihi dan mengasihi-SUMBER DARI ALAF 21


HARGA RM15 SAJA.(termasuk pos)

Monday, July 11, 2011

NOVEL A TALE OF TIME CITY

Penulis:Diana Wayne Jones
Penerbit:Collins Voyager
Halaman:363

TIME CITY- A PLACE THAT EXISTS OUTSIDE TIME AND SPACE

When Vivian is evacuated from London in1939, she is unexpectedly whisked away there, instead of to the safety of the countryside.

The Time Patrol works to preserve the correct sequence of historic events, but rogue time-travelllers are plotting to take control and are stealing the wards that protect the city. If they succeed, Time City and History as we know it will be destroyed.

Jonathan and Sam are convinced that Vivian can help save their world. But how can she possibly know what to do, when the important event hasn’t even happened yet?

HARGA RM10 SAHAJA.(termasuk pos)