TENTANG SBCB

SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) merupakan blog yang menjual novel-novel atau buku-buku terpakai pada harga yang berpatutan. Blog ini didedikasikan buat pencinta-pencinta buku.Selamat membeli diucapkan.

Buku-buku yang dijual di sini adalah yang terpakai tetapi masih dalam keadaan yang baik.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dihantar ke;

Emel:indigoarmoire@gmail.com

TERMS

SILA BACA TERMA DAN SYARAT SEBELUM MEMBUAT PESANAN.

1. Pastikan anda nekad membeli buku/novel di sini.(Saya sama sekali tidak mengalu-alukan 'backout buyer(s)').

2.Harga buku/novel tidak termasuk kos penghantaran kecuali dinyatakan.

3.Buku/novel yang dijual tidak boleh dipulangkan.

6.SAYANG BUKU CINTA BUKU(SBCB) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan buku/novel yang berlaku semasa penghantaran dilakukan oleh Pos Malaysia.(Tapi saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda mengesan buku anda).

7.Apabila anda membuat tempahan buku di sini,anda telah bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan oleh SBCB.

8.SBCB berhak untuk menukar sebarang peraturan tanpa memberikan notis kepada anda.

~Buku-buku dan novel-novel di sini adalah terpakai(kecuali dinyatakan sebaliknya).Jadi,kondisi buku sedikit berbeza dari yang baru.Maksudnya,sebagai contoh kalau buku/novel bahasa Inggeris selalunya ada tompok-tompok kuning.

~Setiap novel/buku hanya ada sebuah sahaja setiap satu. Jika novel/buku telah dijual, maksudnya novel/buku tersebut telah tiada lagi.(Once sold,not available!)

CARA MEMESAN BUKU DAN PENGEPOSAN BUKU

CARA MEMESAN BUKU

Sila hubungi saya melalui facebook 'Indigo Armoire'

Terima kasih.

pos

CAJ PENGEPOSAN BUKU

*Mana-mana novel yang ada tertera 'Harga termasuk pos' akan dihantar menggunakan pos ekspress.*

Tracking number akan diberikan kepada anda melalui emel/sms, sejurus penghantaran dilakukan.

Cepat atau lambat buku sampai kepada anda bergantung pada masa,tempat,jenis pos dan pihak Pos Malaysia.

SILA MAKLUMKAN PADA SAYA SEKIRANYA BUKU/NOVEL ANDA TIDAK SAMPAI SELEPAS SEMINGGU PENGHANTARAN DIBUAT.



Friday, May 20, 2011

CANDAL OLEH SITI JASMINA IBRAHIM





ISBN-13: 978-967-5136-55-9
Tarikh Terbit: 18 May 2010
Jumlah Muka Surat :
Kategori: Novel Dewasa, Novel Thriller
Penerbit: PTS Fortuna Sdn Bhd

Bukan mudah menjejakkan kaki ke sebuah Institut Pengajian Tinggi terpencil. Pastinya, Daeng dan Emilia sudah merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada tempat itu.
Penduduk sekitar mengatakan tempat itu disumpah semenjak berlakunya pembunuhan seorang pelajar perempuan dua tahun sebelumnya. Kematian demi kematian. Pembunuhan demi pembunuhan yang serupa berulang.

Abang Daeng, Dahri, pelajar tahun akhir di IPT berhasrat membongkar rahsia di sebalik sumpahan itu sebagai projek tahun akhirnya. Dahri dan kekasihnya, Sara mengajak Daeng membantu mereka. Mereka memulakan kajian bersama beberapa orang lagi pelajar baru bidang ekologi, Emilia, Zaria, Fatin, Dayang dan Rabihah. 

Namun tanpa mereka sedari, ada bahaya yang mengintai mereka. Ada nyawa yang bakal melayang.
Ada kisah di sebalik seorang insan bernama Candal...-SUMBER:PORTAL PTS

HARGA RM11. 
HARGA TIDAK TERMASUK POS. 

Monday, May 9, 2011

UNTUKMU PERMATA HATIKU OLEH NORZAILINA NORDIN

Dari belakang novel;
Takdir menentuka dua insan seni, Mior Hashim Manap dan Izzaidah Khairan memeterai percintaan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Penantian selama lapan tahun terurai dengan kelahiran cahaya mata. Namun, di sebalik anugerah ini tersembunyi dugaan. Tiga daripada tujuh anak mereka disah kanmenghidap myopathy, sejenis penyakit otot.

Antara ketabahan seorang ibu dan semangat jitu seorang ayah, setiap hari adalah perjuangan demi melihat permata hati terus bernafas tanpa rasa menderita. Di dalam segenap tenaga yang termampu, mereka terus tabah berkongsi sebuah bahtera kehidupan.

Takwa mereka kini diuji Allah. Wajarkah kita melihat sahaja keperitan yang mereka tanggung? Apakah hati kita akan tenang hanya sekadar memerhati.

Harga RM8. 
Harga tidak termasuk pos.
Terbitan ALAF21
Bil.muka surat:401

PENDRAGON-BOOK FOUR: THE REALITY BUG BY DJ MACHALE

Virtual Reality?

The territory of Veelox has achieved perfect harmony. Fifteen-year-old Bobby Pendragon arrives on this territory in pursuit of the evil Saint Dane, but all is peaceful on Veelox-because it's deserted. The inhabitants have discovered a way to enter their own personal dream worlds, where they can be whomever they want,wherever they want. Their bodies lie in stasis while their minds escape to their dream realm.

Fresh from his battle with Saint DAne on 1937 Earth, Bobby is confident that he can defeat whatever Saint Dane has planned for this world. But onece Bobby enters the virtual world, will he be able to resist the lure of the ultimate in escapism.

Price:RM15.(without postage)
Pages:375
Still in good condition,yellowish paper.